Tuesday, 11 October 2011

Kekejaman di Srebrenica dan Siapa Ratco Mladic


General Ratco Mladic akhirnya berjaya ditangkap  setelah berjaya melarikan diri dari muka pengadilan sejak 16 tahun yang lalu. Ratco ialah general dan orang kanan Slobodan Milosevic serta Radovan Karadzic yang bertanggungjawab membunuh lebih 100 ribu warga muslim Bosnia (Bosniak). Ratco Mladic menjadi terkenal setelah mengarahkan pengepungan Sarajevo dan Srebrenica. Di dua bandar ini pasukan tentera Serbia bertindak kejam menembak curi penduduknya tanpa mempedulikan mereka adalah rakyat awam.
 
Ratco Mladic terkenal dengan kekejamannya. Beliau membenarkan aktiviti rogol oleh anggota Army of the Republika Srpska dibawah arahan beliau. Di Srebrenica nama Ratco Mladic akan menjadi sekotor Adolf Hitler dan Pol Pot. Menurut cerita, Ratco Mladic menjadi sangat kejam kerana berlakunya sebuah insiden didalam keluarganya. Anak perempuan beliau Ana Mladic membunuh diri pada tahun 1994 kerana malu dengan tindakan tidak berperi kemanusiaan bapanya. Ana pulang dari kolej di Russia setelah mendengar kekejaman bapanya. Beliau malu menjadi anak kepada Ratco Mladic. Ana membunuh diri dengan menembak kepalanya dengan pistol kegemaran Ratco. Menurut askar dibawah beliau, sejak kematian Ana, Ratco menjadi semakin brutal.
 
Di Srebrenica askar Republika Srpska membunuh lebih 8000 orang lelaki Bosniak. Pada awalnya mereka ni mendapat perlindungan dibawah askar UNPROFOR Belanda yang berada disana. Tetapi apabila askar Serbia Ratco Mladic tiba mereka tidak berani melawan kerana tidak mempunyai senjata yang memandai. Kegagalan mereka menahan Ratco dari menculik 8000 lelaki dewasa dan anak-anak dari UN SAFE ZONE kawalan mereka adalah sebab berlakunya Srebrenica Massacre 1995.
 Selepas tamatnya perangbanyak kubur raksasa digali semula. Rata-raya mayat dijumpai ditemui dengan kesan tembakan. Tangan mereka diikat dibelakang dan mata diikat sebelum dibunuh. Aku ada lihat video pembunuhan ini tapi aku tak sanggup nak letak disini kerana kejam. Apa yang pasti sehingga kini tidak kesemua 8000+sudah dikenal pasti.Tulang mereka disimpan untuk kajian DNA. Yang sudah dikenali pula akan ditanam semula. Dibawah ada gambar majlis pengkebumian mangsa yang sudah dikenali. Bolej Manlytears dibuatnya. RIP to the victims dan semoga Ratco Mladic akan mendapat hukuman setimpal didunia.

Kenapa kita harus ingat Srebrenica Massacre? Srebrenica Massacre dan Chehnya menjadi pemangkin kepada Osama ben Laden untuk menjalankan jihad pada skala besar. Mulalah perang MATA BERBALAS MATA. Jika pihak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu lebih serius membanteras kekejaman terhadap muslim Bosniak dan Chehnya mungkin Osama ben Laden tidak akan menjadi semilitan yang kita kenali. Ingat kawan-kawan. Pada awalnya Osama tidak mahu berperang. Beliau hanya membina jalan dan hospital untuk warga Afghanistan. Hanya selepas beliau melihat ketidak adilan terhadap orang Islam beliau merasakan ianya tanggungjawab fardu kifayah untuk bangkit mendapatkan keadilan yang dihalang ini.

No comments:

Post a Comment